Wednesday, November 5, 2008
ANALISIS BULLISH DIVERGENT BAR
Salam n selamat malam.. semua rakan-rakan...
Ok hari ni saya terangkan Bullish DB dimana ia amat penting utk dikenalpasti dahulu. Sudah tentu BDB ini yang kita tunggu-tunggu utk memdapat reversal signal. Ia mmg signal bg reversal trend.. tetapi adakah ia sesuatu yang pasti...
Mari kita analisis BDB tersebut.....
Ok.. gambar di atas adalah Bullish DB...di mana ia bermula dari berish(down) trend atau pun boleh dijumpa pada sleeping alligator yang saya sudah terangkan di catatan sebelum ni..
Pada kotak pertama kita lihat bar yang pertama kita lihat open di kuasai oleh sellers dan close di tahap kedua...pada bar yang kedua.. sellers makin berkurangan dengan melihat open bar di tahap kedua dan close diantara tahap 2 atau 3.. dan pada bar yang ketiga dah berlaku Bullish DB.
Nampaknya buyers dah menguasai market tersebut (open low) dan (close high). Bar ke 3 di panggil climbers... Jd.. kita lihat pasaran sedang dikuasai oleh buyers... Hmmm jika dilihat dgn indikator Market Facilities Index (MFI) kemungkinan adalah squard bar /reversal (volume tinggi cuma price jer masih negatif). Jadi ciri-ciri reversal signal dah keluar....
Pada kotak kedua BDB amat kuat dimana bar ketiga dikuasai oleh buyers..iaitu open dan close di paras high...signal ini dikuatkan lagi dengan MFI squard bar... Jd ciri-ciri reversal adalah sempurna bagi saya..
Pada kotak terakhir BDB ia agak lemah tetapi ia mungkin akan membuat reversal... atau saya ckp 60%-70% akan naik.. mengapa saya ckp macam tu.... huhuh Ok kita dah lihat setiap bar kita mempunyai information tentang current market... siapa yang menguasai pasaran, apa investor/trader lakukan ketika ini, tahap volume skrg atau overbought n oversold dan berbagai lagi kita boleh membuat analisis.. tentang bar ini..Ok pada bar BDB tersebut close pada paras 50% atau separuh badan bar... kita dah dapat gambaran.... buyers n sellers masih "bertarung disana sedangkan open price dikuasai oleh sellers.... Jd kita dapat information market skrg bagaimana... lu P K la sendiri kan,,,,, heheh... so BDB mmg valid iaitu 50% atau lebih body bar...
Ok... dgn analisis ini anda dapat melihat bagaimana kita menganalis market berdasarkan sentimen market....
Ok sekali lagi dingatkan BDB valid mestilah diikuti dgn anggulation.
Serta juga AO dibawah paras sifar (kebiasaanya bergitu tp saya tidak menitiikberat sgt tentangnya)..
Akhir skali... jika ada pendapat, cadangan, teguran atau komen daripada sahabat2 semua... amat saya alu-alukan supaya dapat mempelajari kesilapan dan meningkatkan lagi mutu trading kita,,,
Salam... Abu85
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cayalah bro
Post a Comment